6 Keutamaan & Pahala Mengerjakan Solat Dhuha

6 Keutamaan & Pahala Mengerjakan Solat Dhuha

Solat Dhuha merupakan Solat Sunnah yang di kerjakan minimal dua Raka’at & boleh di kerjakan maksima 12 Raka’at yang masing-masing dua Raka’atnya di akhiri dengan satu salam. Kemudian Waktu Solat Dhuha sendiri boleh di kerjakan saat matahari sedang terbit tepatnya sekitar pukul 07.00 pagi sehingga masuk waktu solat zohor jika anda ingin mengerjakan Solat Dhuha ini ada baiknya sekitar jam 08.00 – 10.00 pagi. 

Kelebihan Shalat Dhuha
Pertama:
Org yang solat Dhuha akan di ampuni dosa-dosanya oleh Allah. "Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha niscaya akan di ampuni dosa-dosanynya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Tarmidzi)

Kedua:
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai oranh yang bertaubat.” (HR. Hakim).

Ketiga:
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan di catat sebagai ahli ibadah & taat kepada Allah: “Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak di tulis sebagai orang yanh lalai. Barang siapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia di tulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia di selamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya delapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang taat. Dan barang siapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.” (HR. At-Thabrani).

Keempat:
Orang yang istiqomah melaksanakan solat Dhuha kelak akan masuk syurga melalui pintu khusus, pintu Dhuha yang di sediakan oleh Allah: “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yg berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala,” (HR. At-Thabrani).

Kelima:
Allah mencukupkan rezekinya: “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan mecukupimu di akhir hari mu,” (HR. Abu Darda`).

Keenam:
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah: "Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badan mu pada setiap pagi. tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kapada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat
Dhuha.” (HR Muslim).

SUBHANALLAH..
MOGA ISTIQOMAH

Comments

Popular posts from this blog

AL-QUR’AN DAN PERNIAGAAN YANG TIDAK MERUGI

TIGA KEADAAN YANG MENUNTUT KESABARAN

DZIKIR, RINGAN DI LISAN, DICINTAI ALLAH AR-RAHMAN